Monday 3 February 2014

Salam untuk Semua.Aku kembali.

Hari demi hari ditempuhi.Pelbagai masalah datang mengajar.Sudah lama tidak berkata-kata di sini.Kini Aku datang kembali.Facebook sudah menjadi kelaziman.Menjadi peneman sepanjang masa.Dalam FB kita bergembira.Kita berduka.Kita mencari Keuntungan Bersosial yang tiba-tiba sahaja boleh memakan diri sendiri.Aku sudah tempuhi.Teman harian menjadi Lawan kemudian.Sesuatu yang sepatutnya baik memakan diri sendiri.Aku kini semakin matang.Namun,kematangan yang mutlak belum diperoleh.AKU MASIH MENCARI,AKU MASIH BELAJAR,DAN AKU BELUM MATANG.

Segala kekurangan diri mohon dimaafkan.Fikiran dan jari-jemari perlu kawalan.Harapnya selepas ini tiada lagi kegusaran,ketakutan,dan kebodohan yang dicipta oleh empunya diri sendiri.

Kini,akan Aku berada di sini memencilkan diri buat seketika.Sehingga keadaaan kembali pulih sepenuhnya.

Salam untuk Semua.Aku kembali.