Bersambung cerita siri pertama kunun...
Selepas saya "kenal" perempuan.. Itu.. Saya pula yang macam jadi gila...kali ini perempuan tu tiada hati dengan saya,saya pula yang berhati dengan dia...ini semua gara-gara si RAYMOND la punya pasal~~ tapi tidak mengapa... Hehe
Kejar punya kejar di hujung tahun... Saya lepak sana lepak sini berpura-pura enjoy dengan kawan padahal hati,mata,dan fikiran semua tertumpu dengan si dia... Mesti mata ini melilau mencari kelibatnya... Apabila ternampak "geng2" si dia,terdetik perasaan untuk siap sedia terlihat,melihat,dilihat dia... Memang sangat teruja perasaan ini bila nampak dia.. Tapi,sampai musim persekolahan tingkatan 1 itu tamat pun saya tetap gagal untuk menambat hati dia.Berkomunikasi pun tiada peluang.So macam mana?
Cuti persekolahan hujung tahun sudah pun bermula,hati ini meruap-ruap tidak tentu arah..duduk di rumah bagaikan duduk atas roda.. Hati tidak tenang langsung... Pada suatu hari ketika cuaca cerah mentari yang menyinari pagi yang indah saya mengambil langkah untuk ke Pekan Keningau seorang diri.Tujuan utama untuk pergi Pasar cari si Christina Kok..kawan sekelas saya ketika sekolah rendah dulu sebab dia pun salah satu "geng" si *****lin perempuan yang membuatkan cinta saya terjatuh untuk kali pertama di sekolah menengah... Tapi..saya hanya mampu untuk melihat pasar tidak terdaya untuk melangkah masuk ke kawasan pasar..:( terkunci kaki entah mengapa...akhirnya masa saya di Pekan Keningau terbuang dengan permainan komputer saja lepak dengan member cina...
~kecewa~
Hujung tahun 2003 juga berlangsungnya majlis perkahwinan dan resepsi Uncle saya (adik kepada Ibu) Azali Aling di Gereja St. Michael,Penampang.Resepsi dibuat di Kinarut,Papar tempat isterinya Jupini Salim.Sewaktu majlis perkahwinan itu,saya pun terlihat "Flower Girl" terus-terusan fikiran ini terbayang-bayang akan si *****lin... Memang mengancam betul perasaan saya waktu itu...hati ini tenang berkata saya tidak perlu melihat perempuan lain lagi tidak perlu cemburu sebab saya pun sudah ada... Fikiran asyik terarah kepadanya...waduh~
~penuh harapan~
Masuk tahun 2004,saya berasa sesuatu bakal terjadi,sesuatu yang indah... Mungkin.Disebabkan dia mendapat tempat pertama di kelasnya sewaktu tingkatan 1,kemungkinan besar dia akan naik kelas... Hari pertama melangkah ke sekolah sebagai pelajar tingkatan 2 memang tidak sabar untuk melihat senarai nama baru bagi kelas-kelas yang dilekatkan di pintu masuk kelas.Sampai sekolah memang awal,naik bas sekolah trip pertama sampai pukul 5.50am... Bergerak ke arah blok tingkatan 2 bersama kawan rapat Beazley Jerry masa tu.. Saya melihat senarai pelajar kelas Sopan yang juga kelas saya ada tercatat nama Ri****** wAw! Betapa gembira dan berdebar ~~ menanti kedatangannya.... Fulamak...
~dia datang~
Saya bersiap sedia menanti.. AkhirnyA.... Akhirnya.... Dia datang....dia sampai.. Cantik~ dia berseorangan memakai Uniform Pinafore... Saya sempat menegur dia di muka pintu berdekatan senarai nama... Saya pandang dia dan berkata:"kau kelas sini sudah kan.."
Dia pun memandang saya lepas tu buat mata dan reaksi menyampah lalu beredar terus dengan laju... Saya rasa malu masa tu... :(
~di kelas~
Sewaktu di kelas saya tetap terus berusaha untuk menunjukkan yang saya suka dia,tapi bila saya pandang dia,dia akan buat suatu reaksi matanya yang yang memandang atas dan seolah-olah memandang kelopak matanya sendiri lalu bUat
Reaksi tubuh yang menunjukkan dia menyampah dan meluat lalu berpaling ke tempat lain... Situasi itu berulang-ulang berkali-kali apabila saya melihatnya.Hanya kami yang tahu semua itu saya tidak pernah menceritakan situAsi itu dengan sesiapa sebelum ini.
SeWaktu saya masih mempunyai cinta yang bernyawa terhadapnya saya pernah mencipta sebuah seni kata yang cuma saya saja tahu melodinya macam mana... Seni kata "lagu" itu seperti berikut:
Bila Ku Pandang Kiri,Engkau Pandang Kanan,
Bila Ku Pandang Kanan,Engkau Pandang Kiri,
Bila Ku Renung Wajah Mu,Engkau Buat Tak Tahu,
Aku Cintakan Mu,Aku Tetap Menyintai Mu...
*****lin....*****lin Cintailah Diriku Ini...
Jikalau Engkau Tak Menyintai Ku,
Aku Tetap Menyintai Mu...
*****lin... *****lin Cintailah DiriKu Ini..
Ri****** Ri****** Cinta Ku Pada Mu adalah True!
("lagu" ini memaparkan ketidak sehaluan kami.)
Lebih kurang begitu lah... Hanya ini yang mampu ku ingat lagi...
Selalu "lagu" ini menjadi mainan emosi saya...
Saya selalu mencari peluang untuk menarik perhatiannya namun tetap gagal... Setelah lama mencuba saya memutuskan untuk tidak lagi mengejar sesuatu yang tidak bersesuatu itu... Lagi pun nampak sangat dia meluat apabila saya bertindak mencintai dia... Lama kelamaan hubungan kami normal tiada lagi wajah ekspresi meluatnya terhadap saya namun kami tetap kurang berkomunikasi terutama berdua-duan... Memang TIADA!...
Kawan baik dia masa di kelas si Nurul Afwa~ heehee.... Oya,pada mulanya pun saya sudah buat risikan pasal diri dia untuk mengenalnya secara rahsia... Sewaktu tingkatan 2 saya merupakan Penolong Ketua Kelas yang pada waktu itu memakai tali leher berwarna Pink :)
Suatu hari guru kelas mengarahkan kami untuk menulis detail diri di atas kertas kosong sendiri lalu saya bantu memungut maklumat diri tersebut.Saya pun mengambil peluang dengan pantas melihat maklumat yang ada pada kertas si dia~ ejaan nama,alamat rumah,no. Telefon rumah... Semua saya dapat waktu itu... Masa tu saya happy sangat...
~tingkatan 3~
Sewaktu tingkatan 3 kami masih sekelas....namun tiada apa peristiwa lagi yang menarik berlaku terhadap saya dan dia untuk soal hati dan perasaan... Ialah orang dah tak suka so tak perlulah lagi nak menggoncang dunia orang kan.. Nanti dunia sendiri pula yang tergoncang... Namun,tingkatan 3 jugalah seorang rakan rapat saya yang berada di kelas Setia (kelAs paling Top) menunjukkan minat terhadap dia dan dia pun nampak excited... Member dia si Nurul Afwa selalu menjadi "pengiklan" terhadap hubungan mereka... Kirim salam la apa la.. Itu la.. Setiap kali member Setia saya tu berlalu kelas kami.. Saya hanya melihat mendengar dan rasa cemburu dan malu kalau-kalau member saya dalam kelas saya tu mengungkit kisah lama yang mereka tahu akan perasaan saya pada si *****lin dulu yang tidak kesampaian.... Mujur tiada yang mulut bocor...
Saya pernah membuat panggilan telefon ke rumahnya bertanya mengenai topik subjek sejarah yang perlu ditelaah... Saya sengaja telefon dia padahal saya ada pilihan kawan yang lebih masuk akal untuk ditelefon... Testing ~~ hehe
Saya berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Keningau untuk 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan 5... Waktu itu sya dapat tahu mereka sudah couple dan sedang couple... Dalam friendster pun ada bukti segalanya~
Form 6 saya kembali semula ke SM Ken Hwa... Sekelas lagi dengan dia 6 Rendah Kemanusiaan... Kali ini dia sudah single..putus mungkin.. Sudah hehehe.... Sebenarnya saya terkejut bagaimanakah dia boleh couple dengan member saya tu padahal member saya tu agak keras dan kasar berbanding saya... Hairan... Dia tu lemah lembut,kiut,etc... Tapi apa yang jelas dan pasti member dapat tackle dia sebab member mahir berkomunikasi,mengayat... Berbanding saya yang pendiam dan pasif...
~penamat~
Saya meninggalkan alam tingkatan 6 bulan March 2009... Bersiap sedia untuk latihan polis bulan July... Saya dapat tawaran menjalani latihan Asas Konstabel...
Sekian cerita untuk diceritakan pada waktu ini... Saya dan dia **nie*** tiada apa-apa hubungan cinta pun... Sehingga kini melainkan hanya teman biasa.
*Kini,si *i*i*lin sedang menjalani pengajian Diploma Kejururawatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu(KSKB) Kuching,Sarawak... :)
peerrgghhh...... punyerr blogg....
ReplyDeleteTake it easy.
ReplyDelete