Saya dilahirkan di Hospital Daerah Tambunan pada bulan 22 Januari tahun 1990.Tambunan adalah sebuah daerah.Terletak di bahagian Pedalaman Sabah.Sabah terbahagi kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat,Bahagian Kudat,Bahagian Sandakan,Bahagian Tawau dan Bahagian Pedalaman.
Saya berbangsa Dusun dan beragama Kristian Roman Katolik.Saya mempunyai seorang kakak,seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan serta sepasang ibu bapa.Ibu bertindak sebagai suri rumahtangga manakala ayah seorang anggota polis yang kini berpangkat Sarjan dan bertugas di IbuPejabat Polis Daerah Keningau.Lebih kurang lima tahun menjadi penghuni berek polis Tambunan lalu berpindah ke perumahan Kg Sunsuron yang terletak jauh dari pekan Tambunan.Kg.Sunsuron adalah kampung terbesar di daerah Tambunan.Kg.Sunsuron juga adalah kampung asalnya keturunan kami.SJK(c) Yuh Min,Tambunan adalah sekolah pertama saya bermula dari Tadika hingga Darjah 4.
Pada tahun 2001 sewaktu darjah lima saya hanya sempat belajar selama lebih kurang tiga bulan sahaja di situ sebelum berpindah ke SJK(c) Yuk Yin Keningau.Belajar di situ hingga darjah 6.Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuh Min mempunyai pelajar majoriti berbangsa Dusun/Kadazan/Sino berbanding kaum cina yang minoriti.Namun,SJK(c)Yuk Yin Keningau pula jauh berbeza apabila majoriti pelajarnya berbangsa cina.Saya akan terangkan dengan lebih lanjut lagi tentang dunia sekolah rendah saya pada entri yang akan datang.Setelah selesai bergelar sebagai murid sekolah rendah,tibalah saya memakai gelaran pelajar sekolah menengah pula.Saya menuntut di SM Ken Hwa Keningau dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga sebelum berpindah ke SM Teknik Keningau sewaktu tingkatan empat dan lima.Saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007.
~Serba sedikit tentang diri saya~
No comments:
Post a Comment