Wednesday, 25 July 2012

Manolaie Tompek Yang Sesuai Untuk Bercerito kalau tak Kat blog...;-)

Selamat Malam semua,hari ini den pening kepala.Tengahari tadi terlibat dengan Sekatan Jalan Raya di Jalan Tampoi Lama.Cuaca masa itu sangat la panas mujurlah ada pokok yang meredupkan suasano hehe... Lain penugasan hari ini lain pula tugas yang dibuat,biasalah dalam Polis ini kita tertakluk dengan arahan-arahan semaso."Ops Tutup" itulah nama operasi yang dilaksanakan.Tidak tahu lah sama ada sulit atau tidak atau salah atau pun tidak sekarang untuk den ceritokan sedikit pasal tugasan den ini.Namun,den tidak peduli,den cuma nak berkongsi sedikit jo.. Untuk kefahaman kengkawan den kat luar sana...den sepatutnya buat tugas ronda saman lalu lintas dari 1100hrs-1600hrs(dalam polis sistem maso yang digunokan ialah sistem 24jam).


Petang tadi waktu keluar tugas den ngan member sekerja non-muslim ni pergi restoran yang dinamakan Restoran 88 untuk makan.Kalau maso tu tugas dengan member Muslim pasti den pun ikut berpuaso.Bilo perut dah kenyang dalam minda nak buat tugas dengan bersungguh-sungguh maklumlah saman perlu cukup mengikut kuota yang ditetapkan pihak atasan.Tiba-tiba telefon kawan den yang bernama James tu berdering ..em... Nampak nombor macam no. Telefon balai.. Emm..... Memang pun betul.. Arahan Balik balai kumpul nak buat "Ops Tutup".Untuk makluman setiap kali ada kes-kes besar seperti kes samun yang melibatkan jumlah kerugian yang besar,tahanan terlepas lari dari pusat tahanan or pusat pemulihan,kes-kes melibatkan penjenayah yang menggunakan senjata api dan sebagainya "Ops Tutup" akan dilaksanakan atas arahan pihak atasan sesebuah kawasan atau daerah polis atau kontinjen.


Elemen utama dalam "Ops Tutup" ni adalah Sekatan Jalan Raya(SJR) atau orang selalu panggil Road-Block.So,semua balai-balai perlu mendirikan SJR di kawasan masing-masing terutama di kawasan sempadan kawasan pentadbiran sesuatu balai.SJR ini selalunya melibatkan lebih kurang enam orang anggota dengan seorang darinya akan menggunakan senjata api berat seperti Rifle M-16 dan Sub-Machine Gun HK-MP5 namun yang selalu digunakan adalah Sub-Machine Gun HK-MP5 sebab ia lebih pendek,senang dikendalikan,dan tembakan memang tepat namun bergantung pada kecekapan pengguna juga... Seperti biasa SJR ini akan digerakkan pada bila-bila masa apabila diperlukan.SJR tadi bermula pada 1100hrs-1400hrs,memang mencabar juga bagi anggota yang berpuasa.Sewaktu bertugas tadi tiga anggota adalah Muslim dan tiga lagi Kristian,namun kami yang tak terlibat dengan puasa ini mengelakkan jugalah daripada meminum air secara terbuka atau tertutup sebagai menghormati rakyat sekeliling serta mahu menjaga imej pasukan maklumlah di Semenanjung ini apa yang den tengok masyarakat di sini tidak kira apa bangsa sekalipun apabila memandang Sabahan and Sarawakian mereka akan secara automatik menganggap kami adalah orang Melayu+Islam.Selalu juga mereka akan mengucapkan "assalammualaikum" sebagai sapaan kerana mengganggap kami ini Islam.Den tak membalas salam tu namun cuma mengucapkan Selamat Pagi or tengok la waktu apa time tu... Atau pun sekadar angkat tangan dan senyum semanis gula melaka...;p.. Haha... Kalau member2 Kelantan den yang boleh dikategorikan sebagai budak baru dalam pasukan ini akan menegur den supaya jangan membalas salam sebab den bukan Islam..dio kato nanti den berdosa hihi... Namun,bagi kengkawan den yang Muslim asal Sabah,mereka tidak kisah jika non-Muslim membalas salam... Sebab bukan menjadi masalah pun... Dan telah biasa dengan suasana "harmoni" di Sabah... Tapi itu semua den tak kisah la... Cuma.. Yang kesalnya warga semenanjung ni termasuk yang Cina dan India seperti tidak mengetahui atau tidak terfikir wujudnya Sabahan and Sarawakian(kecuali yang dah biasa bergaul dengan Sabah&Sarawak,terutama yang kojo kerajaan).Integrasi kaum di Malaysia belum mencapai tahap yang terbaik... Namun negara kita masih juga la dalam keadaan aman dan ceria cuma ada sedikit lagi aras yang perlu didaki untuk mencapai tahap integrasi yang total... Sama seperti parti politik di Malaysia yang sebahagian besarnya parti politik masih berteraskan kaum.Nada yang serupa juga dilontarkan oleh tokoh-tokoh politik serta cendikiawan tanah air.


Ops... Rasanya cerita dah jauh menyimpang... *** Sewaktu SJR siang tadi macam biasalah terdapat beberapa motosikal yang membuat U-Turn "tanpa U-Turn" yang sah apabila nampak SJR sedang megah berdiri di atas jalan raya yang ditemani cuaca panas yang sangat terik.Den telah mempersiapkan motosikal Modenass Kriss pasukan untuk terjah mana-mana penunggang- penunggang motosikal yang lari daripada sekatan.Beberapa kali den memecut ke arah motosikal tersebut yang kerap berpatah balik terutama yang lari masuk ke dalam kawasan Stesen Minyak berhampiran.Apabila dah dapat,den akan meminta kad pengenalan diri mereka dan mengarahkan mereka pergi ke arah SJR untuk tindakan selanjutnya.Nasib baik yang dicekup tu orangnya baik-baik belaka..so bila dah cakap roadtax hidup tapi cuma terlupa nak bawa dengan perangai yang baik,So,keputusannya lepas la orang itu dari terima penangan saman Pol.257...budi bicaro ada masanya perlu... Cuaca yang terik tidak sedikit pun melemahkan kami cuma ada seorang member yang kelihatan pancit.. Sebab badan "sihat"..hehe...


Lebih kurang 1410hrs arahan daripada pihak atasan yang disampaikan oleh Koperal yang bertugas bersama kami "Stand-Down" So,cepat-cepat la kemas kelengkapan... Berdirinya SJR tadi disebabkan berlakunya satu kes samun yang melibatkan kerugian yang sangat-sangat besar jumlahnya di sebuah pasar raya di Sri Alam.Den tak boleh ulas lebih lanjut dan detail lagi sebab HARIAN METRO pun yang terkenal dengan "kesibukannya" itu pun belum melaporkan laie dalam akhbar.Lagipun kes masih dalam siasatan.Kalau ada cerita dalam akhbar 26/07/2012 ni bacalah...den pun tertunggu-tunggu ni detail lanjut... Den sedang berpeluh-peluh menaip entry ini sebab den punya rumah tak tau la sangat-sangat panas... Ish ish... Tapi best dapat menaip..Buat masa ni sampai sini je la k... Den nak kesat peluh dulu.. "peluh tanda kesungguhan" :p peace.Sekian cerita untuk diceritakan untuk kali ini tunggu entry bibie yoyo lanjut k tunggu bibie yoyo datang...;-)

2 comments:

  1. panjangnya story.. aha :D.. jan bls salam tu.. ngam la tu tindakan tu.. ^^huhu

    ReplyDelete