Monday, 24 September 2012

Sukan dan Saya (2) siri-2

Pada mulanya saya menyangka bahawa saya secara automatik akan terus mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi tersebut rupa-rupanya ada beberapa orang pelajar lagi yang mengikuti sesi pemilihan itu dan jumlahnya bertambah hari demi hari.Rakan sekelas saya pada waktu itu Yong Chee How juga ada bertanya saya tentang acara tersebut dan dia juga ingin mencuba nasib.

Setelah latihan berlangsung setiap pagi waktu persekolahan nampaknya saya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan saya percaya saya mampu untuk menempatkan diri sebagai atlet lompat tinggi sekolah.Beberapa orang murid seakan-akan bergilir-gilir meninggalkan "kem latihan" akibat guru yang melatih kami ketika itu percaya mereka tidak mampu lagi untuk mencabar 2 slot untuk mewakili sekolah.2 slot untuk lelaki dan 2 slot untuk perempuan.walaupun pada penghujung sesi pemilihan tersebut saya menunjukkan lompatan yang kurang memuaskan ekoran mengalami sedikit kecederaan lantaran latihan dari acara trek(saya akan ceritakan bagaimana saya terlibat pula dengan acara trek kemudian)namun "coach" kami ketika itu kelihatan tidak pudar kepercayaannya terhadap saya.Begitu juga dengan rakan perempuan yang turut berlatih bersama yang hairan saya tidak mampu lagi membuat lompatan yang sepatutnya saya mampu buat seperti sebelum itu.


Dipendekken cerita saya terpilih selaku pelompat terbaik antara semua calon haha~ rakan sekelas saya Yong Chee How juga terpilih...wakil bagi atlet perempuan pula juga dari kelas saya Christina Kok dan Sheila Leong...hebat kelas kami...kan...


Bukan lompat tinggi sahaja acara saya pada waktu itu,saya juga terpilih dalam acara lompat jauh,dan lari berganti-ganti 4x100 meter.Macam mana saya boleh terpilih pula dengan acara lompat jauh? Ceritanya begini suatu ketika ada pemilihan lompat jauh dibuat.Saya ambil kesempatan untuk buat lompatan memandangkan lokasi latihan lompat tinggi berhampiran sangat dengan lokasi lompat jauh itu dan saya percaya saya juga mampu buat lompatan yang baik.Yakin! Masa test2 lompat tu ada la guru yang melihat haha kalau tak ada guru tidak mungkin saya akan melompat haha... Guru tu pun terpegun dengan jarak lompatan saya tu.. Secara automatik saya terpilih~ hehe... Kecewa terus rakan-rakan yang lain yang baru mencuba nasib haha nasib la~


Bagi acara pecut pula heheheh... Hal yang sama juga berlaku.Saya sebenarnya sentiasa mencari peluang untuk menarik perhatian guru sukan trek... Pada suatu pagi tu guru sukan bagi acara trek ni buat ujian masa untuk para sprinter.Saya menyelinap antara atlet-atlet tu.. Saya pura-pura duduk santai-santai berhampiran mereka semua.Apabila semua pelari dah lari kelihatan saya pula yang tinggaldi situ..buat-buat bodoh kejap lepas tu kedengaran rakan-rakan sprinter yang lain menjerit-jerit nama saya suruh saya lari pula.Ha!!! Inilah masa yang ditunggu-tunggu... Apalagi.. Saya pun berdiri dan terus stanby buat larian.Guru memberi isyarat sedia dan beri isyarat untuk........LARI!!!...... Saya pun sekuat hati sepenuh tenaga membuat pecutan dengan penuh semangat....LARI!!!.........PECUT!!!......... Mendada.... Hahaha... Semua terpegun haha guru pun menunjukkan riak wajah yang positif...rakan-rakan memuji-muji... Saya pun buat slumber je..hihihi.... Di situlah bermulanya saya dikenali sebagai sprinter sekolah...



Walaubagaimana pun saya tidak mampu untuk membolot slot dalam acara pecut individu sebab saya bukannya laju sangat pun~ apa-apa pun saya terjamin tempat dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter.Saya diberi peranan sebagai pelari pertama.Lain-lain pelari Lee Kim Siong(kedua),Josuyao(ketiga),dan pelari terakhir Petroyston... (Bersambung)


No comments:

Post a Comment