Friday, 7 September 2012

Sukan Dan Saya (2) siri-1

Tahun 2002 saya berada dalam darjah enam SJK(c)Yuk Yin Keningau.Cerita untuk diceritakan pada kali ini adalah kesinambungan entry sebelum ini iaitu Sukan Dan Saya (1).

Pada awal sesi persekolahan tahun tersebut saya sedikit kecewa dan cemburu melihat rakan sekelas yang terpilih menjadi atlet sekolah,kawan lelaki dan perempuan enjoy dalam latihan setiap pagi,saya pula terpaksa duduk di dalam kelas untuk apa lagi kalau bukan untuk belajar dan belajar. Emm.. :( saya pun mahu join juga sukan...! Arrrr...(lebih kurang begitulah perasaan pada waktu itu.)

Pada suatu ketika sewaktu kelas bahasa cina sedang berjalan(guru kelas kami mengajar subjek BC(bahasa cina)Cikgu Tham Choi Gin(pasti ke?),datang seorang murid dari kelas 6Oren(saya 6Hijau)Fung Fu Giin(kini anggota polis yang berkhidmat di Kelantan)mengetuk pintu dan meminta kebenaran daripada guru di dalam kelas kami untuk menerangkan sesuatu.Lalu dia pun bercakap dalam bahasa cina.Translated:Ada sesiapa yang ingin menyertai acara lompat tinggi? Pada waktu itu saya memakai baju PJK lalu sepantas kilat berdiri dan menuju ke arahnya.Cuma saya seorang sahaja yang ingin menyertai acara tersebut dari kelas 6Hijau pada waktu itu sebelum beberapa orang lagi rakan sekelas menyusul selepas beberapa hari.

Sebelum saya melangkah keluar kelas,guru ketika itu sempat bertanya dengan riak wajah ceria(guru kelas kami ini perempuan yang tegas dan gemar merotan!)nampak seperti beliau terpegun sambil berkata..waaa... Kau pandai lompat tinggi..?(traslated).Saya senyum dan memberi jawapan yang tidak jelas sebab bagi saya,saya join acara itu bukan sebab saya ini mahir atau hebat sangat dalam acara itu tetapi saya minat sukan dan akan join apa-apa acara pun...
Saya tidak banyak berfikir,bagi saya inilah peluang keemasan untuk melibatkan diri dalam sukan olahraga.Siapa yang tidak mahu wakil sekolah kan..? Sukan adalah kegemaran saya.;)
~ saya berdebar namun saya sangat excited.

No comments:

Post a Comment