Thursday, 2 August 2012

Sukan dan Saya (1)

Saya mula berjinak-jinak dalam aktiviti sukan ketika berada dalam darjah empat di Sekolah Rendah Yuh Min,Tambunan.Sewaktu darjah empat saya pernah mengikuti sesi pemilihan.Acara yang digemari saya pada waktu itu adalah lompat jauh,lompat tinggi dan lari pecut.Memang excited apabila turun padang atau lebih teruja apabila guru-guru membawa kami "beraksi" di Kompleks Sukan Tambunan untuk latihan.


Memang tiada apa-apa kenangan atau memori sukan yang menarik terhadap diri saya ketika berada di sekolah tersebut sebab saya tidak sempat untuk tunjuk bakat saya.Namun,saya memang sangat bermotivasi apabila menonton sukan olahraga zon 2 di kompleks sukan Tambunan yang melibatkan sekolah saya,SK St.Theresa,SK Pekan Tambunan,SK St. David dan beberapa sekolah lagi yang saya tidak ingat.SJK(c)Yuh Min satu-satunya sekolah "Cina" yang ada di Tambunan namun mampu memberi saingan kepada sekolah "Melayu" yang selalunya memiliki atlet yang lebih hebat,maklumlah bangsa cina bukanlah dominan dalam sukan.Dalam hati saya berkata bila lah tiba giliran saya pula untuk mewakili sekolah itulah saat yang sangat ditunggu-tunggu saya.Tahun 2000 merupakan tahun berlangsungnya sukan Olimpik Sydney,setiap petang mesti tengok sukan di kaca TV.Apabila tengok atlet-atlet olahraga beraksi pada waktu itu seperti Maurice Green dan Marion Jones pasti minda pun terbayang hendak menjadi seperti mereka juga.


Saya juga tidak lupa atlet yang menonjol ketika Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 seperti Ato Boldon dan Frankie Fredericks yang berasal daripada negara Trinidad&Tobago dan Namibia.Saya bersama adik serta kawan-kawan sekampung setiap petang akan "berlumba lari" di jalan raya depan rumah.Memang waktu tersebut aktiviti kami itu sangat famous apabila kawan-kawan perempuan juga turun berlumba sama.Sesungguhnya itulah asas bagi saya menjadi pelari yang lebih baik ketika berada di sekolah.Saya dapat rasakan bahawa saya mampu berlari pantas walaupun saya ini boleh dikategorikan sebagai budak pendiam dan pasif.


Pada tahun 2001 kami sekeluarga telah berpindah ke daerah Keningau.Saya pun bertukar sekolah.Saya bersekolah di SJK(c) Yuk Yin Keningau.Sewaktu di penghujung tahun tersebut pemilihan untuk murid darjah 5 untuk mewakili sekolah pada tahun berikutnya dibuat.Pemilihan nampaknya dibuat awal sebelum murid menginjak kaki dalam darjah enam.Pemilihan dibuat di Kompleks Sukan Keningau.Sebelum itu saya ingin memberitahu sesuatu bermulanya kawan-kawan saya kenal siapa saya.Rakan sekelas tidak tahu langsung tentang diri saya yang boleh berlari pantas maklumlah saya ini kategori murid baru.Mereka cuma kenal seorang rakan sekelas mereka yang sudah pun dikenal mereka iaitu seorang kacukan Filipino-Cina bernama Josuyao Chong Larrozza(mungkin macam ini ejaan nama dia).Member-member sudah sedia maklum yang dia merupakan atlet sekolah dan dia digelar orang paling pantas di kelas waktu pada waktu itu.Pada suatu ketika sewaktu mata pelajaran PJK,guru pada waktu itu Cikgu Ibrahim telah "melarikan" kami di padang sekolah alangkah terkejutnya mereka melihat saya jauh meninggalkan pesaing saya ketika giliran saya berlari.Pada waktu itu juga saya juga menewaskan orang paling pantas kelas.Namun,saya tahu saya tidaklah sepantas Josuyao berlari mungkin waktu itu dia tidak berlari bersungguh-sungguh.


Sejak peristiwa itu saya sudah dikenali rakan sekelas yang 100% berdarah cina atau kacukan cina atau istilah di Sabah dipanggil Sino bagi seseorang yang mempunyai darah campuran cina.Pada pemilihan tahun 2001 tersebut saya memilih acara 100 meter.Josuyao pula memilih untuk acara 200 meter.Mungkin ada rasional disebalik pilihan acara 200 meter.Josuyao juga ada memberitahu saya terdapat seorang murid yang lebih pantas berlari di sekolah pada waktu itu iaitu seseorang yang bernama Petroyston Paulus.Saya nekad untuk bersaing.Pada saringan pertama larian 100 meter tersebut saya telah mendapat tempat pertama langsung tiada pencabar kecuali seorang berbangsa cina yang bernama Lee Kim Siong.Dia hampir-hampir memintas saya mujurlah ketika itu jarak ke garisan penamat tidak jauh lagi.Sesuatu yang membuatkan saya gembira pada pagi tersebut adalah kehadiran bapa saya di kompleks sukan tersebut.Saya sangat mengalu-alukan kedatangan bapa untuk melihat saya beraksi berbanding kakak saya yang malu dan segan kalau parents datang tengok sukan.Bagi saya kehadiran bapa memberi saya suntikan motivasi dan semangat.


Beberapa heat atau saringan telah selesai,saya berjaya memasuki larian akhir 100 meter tersebut.Sebelum larian akhir tersebut bapa sempat memberitahu saya bahawa saya hampir dipintas ketika saingan awal sebelum itu.Perkara tersebut saya sedia maklum,Lee Kim Siong pun yang pada waktu itu kami belum mengenali antara sesama pun ada bercakap tentang diri dia yang hampir memintas saya.Saya akui yang saya ini kekurangan dari segi kecergasan kardiovaskular.Saingan akhir menemukan saya dengan Petroyston dan Lee Kim Siong.Ternyata saya bukan pesaing Petroyston saya ketinggalan lebih kurang 5 meter di belakangya.Lee Kim Siong jauh lebih baik berbanding saya ketika larian akhir tersebut.Sampai garisan penamat sedikit kebingungan daripada diri saya saya tahu saya bukan nombor satu atau nombor dua tetapi saya pasti saya nombor tiga.Namun,pengadil pada waktu itu entah siapa tidak "menunjuk" dengan jelas siapa yang meraih tempat ketiga akibatnya orang lain pula yang terpilih.Orang itu juga mengaku bahawa dialah yang mendapat tempat ketiga dia bernama Calson Cassey Clement sedangkan rakan sekelas saya yang bernama Loi Guan Jeng yang juga layak beraksi pada larian akhir mengakui bahawa sayalah yang berhak meraih tempat tersebut.

Saya kecewa tidak berjaya meraih tiga tempat teratas yang membuatkan saya tersingkir daripada mewakili sekolah pada tahun berikutnya iaitu tahun 2002.Saya gagal.

No comments:

Post a Comment