Saturday, 3 November 2012

Ketuk Pintu Konstabel Masuk Pintu Konstabel -1

Hello... Sekarang ni rasa nak tukar topik pula... Tinggalkan dulu cerita-cerita lain yang belum terjawab.Saya nak ceritakan sesuatu yang dah lama nak bagitau tapi seakan-akan tak berpeluang nak bagitau lantaran kemalasan yang melampau dan kesibukan yang dibuat-buat.


Kisah yang saya nak kongsi dengan hantu-hantu di luar sana yang mungkin membaca,terbaca,atau berpura-pura baca adalah kisah mengenai laluan yang menyebabkan saya memilih untuk menyertai pasukan polis dan pangkat yang saya "pakai" sekarang.Apabila saya berada seorang diri suatu ketika dulu dan juga bila-bila masa,saya berisiko untuk mengenang,terkenang,dikenang perkara ini...Kini tibalah masanya saya ceritakan sebuah jalinan cerita yang sebenar yang tidak pernah saya jelaskan dengan meluas selama ini.


Inspektor polis.Pangkat ini memang megah jika telinga ini mendengar... Sewaktu di Pusat Latihan Polis suatu ketika dulu ketika saya masih bergelar rekrut konstabel polis,ada ramai jugalah rakan-rakan yang bercerita secara peribadi dengan saya tentang pengalaman mereka ketika menghadiri sesi temuduga tersebut.Bila didengar pengalaman rakan yang tewas dalam pemilihan tersebut,diriku bagaikan begitu bersemangat untuk mengambil semua iktibar,pengajaran yang diperoleh daripada rakan yang bercerita.Rakan-rakanku semua itu sudah tentulah lebih tua sedikit dari saya,so saya harus mendengar penuh tekun dan teruja berharap saya mampu juga pula hadir temuduga Insp suatu masa nanti.Itulah fikiranku pada waktu itu.


So,kalau impian ingin menjadi pegawai kanan polis kenapa pula ketuk dan masuk pintu konstabel? Emm...

Pada mulanya saya memang pun berhasrat untuk tidak menghadiri sebarang temuduga konstabel polis tetapi mahu terus pula pergi interview bagi inspektor percubaan.Sebenarnya tindakan saya itu memang mulia,berniat baik dan suci hati tanpa perasaan ego yang some people lontarkan kepada saya.Namun,saya sebenarnya buat perancangan tanpa melihat betapa tingginya langit di angkasa betapa rendahnya tanah
yang kita pijak.Itu saya akui.Fikiranku pada waktu itu juga tidak luas.Namun,semua itu sebenarnya tidak mampu pun mematahkan semangat orang yang sangat kuat pada waktu itu.


Kalau saya tidak layak dan tidak terpilih pun at least saya pernah menghadiri temuduga inspektor! Yang penting saya cuba dan rasai pengalaman itu.Itulah pegangan saya pada waktu itu sehinggalah saya mengalami sesuatu peristiwa yang menghancurkan impian seorang lelaki kerdil yang bernama Jevionce Justin ini.


Sebenarnya pada tahun 2006 semester kedua dalam tingkatan 4 SM Teknik Keningau suatu masa dulu saya mengalami gejala pelik iaitu saya tidak mampu untuk membaca suatu petikan ayat atau karangan "dalam hati".Tidak mampu mengungkap perkataan walaupun sepatah.Perkara ini menjejaskan sistem dan proses pembelajaran saya.Saya tidak tahu mengapa dan kenapa.... Prestasi akademik pun mulai merudum dan jatuh teruk.Kalau sem pertama markah bagi subjek Sejarah boleh dapat 60%,sem itu pula saya gagal... Subjek Sains yg dapat A pun jatuh juga...No.1 di kelas sem pertama pun bagaikan sejarah kuno lagi.Guru sains saya pada waktu itu Cikgu PJ Ape Angat ada memanggil saya bertanya masalah yang menimpa..kenapa markah jatuh..adakah sebab aktif sukan... Saya tidak mampu untuk menjelaskan dan hanya tersenyum dan berjanji akan memberikan yang terbaik selepas ini.Saya tidak yakin untuk share dengan beliau pada waktu itu disebabkan saya berasa pelik apa yang saya alami itu.Saya sukar untuk fokus pada setiap pembacaan terutama pembacaan "dalam hati" dan berasa tidak tenteram apabila membaca.


Perkara ini menghantui saya lagi.Kali ini terbawa-bawa dalam tingkatan Enam di SM Ken Hwa.Kemungkinan perkara ini timbul disebabkan tekanan dalam diri dan juga ketidaksuaian diri dalam kelompok masyarakat.. Adakah begitu? Subjek Form Six:Sejarah,Pengajian Perniagaan,Bahasa Melayu,Pengajian Am dan juga MUET.Saya sangat-sangat down dalam subjek "bacaan,hafalan,ingatan" like P/pernigaan and History.Saya tidak mampu untuk mengaplikasikan apa yang telah dibaca dalam kertas kajang peperiksaan.Kalau baca buku teks pun dalam 100% yang dibaca pun hanya 10% yang mampu saya ingat.Saya tidak enjoy pun dalam kelas form 6.Nampak kawan happy semua... Saya down namun saya cuba untuk bertahan.

Perkara ini tidaklah menyimpang dari tajuk asal,tetapi berkait rapat tentang apa yang
telah terjadi.... (Bersambung)


2 comments: